DISEMBER 2024

RM80 Juta Pelaburan Untuk Projek MPC Pusat Penanaman Opar - Premier Sarawak


LUNDU : Jumaat, 5 Disember 2024

Pelaburan sebanyak RM80 Juta, iaitu RM60 juta daripada kerajaan Sarawak  bagi membina insfrastrukur termasuk meningkat bekalan air dan elektrik dan RM20juta daripada pihak swasta untuk bahan-bahan dan teknologi bagi membangunan projek pertama dalam Malaysia, iaitu Metropolitan Food Cluster (MPC) di Pusat Penanaman Opar dengan kerjasama pintar dan bantuan kerajaan Negara Belanda 

Pusat MPC, Opar bertempat di Kpg Stungkur, berkeluasan sebanyak 80 hektar tersebut nanti akan merangkumi hasil bahan makanan dan penternakan haiwan dengan menggunakan mesin dan teknolgi kecerdasan buatan (AI) dalam mengurus pusat tersebut

Dengan harapan pekebun kecil dapat bekerjasana dan manfaat dalam projek tersebut bagi menghasil produk yang berkualiti dan menetapi piawaian ekport ke luar serta akan meningkatkan GDP Sarawak,

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Abang Johari Bin Tun Openg menyatakan demikian semasa ucapan dan sidang media Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek MPC, Opar, Lundu.

Turut berucap adalah,

YB Dato Sri Stephen Rundi ak Utom, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak

TYT, Jacque Louis Werner, Duta Besar Negara Belanda ke Malaysia

Turut hadir adalah, 

Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri, YB-YB,

Dato Sri Dr Haji Muhammad Abdullah bin Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Encik Monshe Bujang, Pengerusi Sarawak Metropolitan Food Cluster (SMFC)

dan dif-dif kenamaan lain.